EOperasi : Login Modul Pengurusan Guru Dan KPM - TCER.MY (2024)

eOperasi adalah satu aplikasi bagi Modul Pengurusan Guru dalam Sistem Pengurusan Sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selain daripada APDM dan SAPS , poertal dan aplikasi ini juga menjadi salah satu portal yang mesti dilayari oleh setiap kakitangan kerajaan dan juga guru. Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri,Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).

Isi Kandungan

Kepentingan eOperasi

Sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan penyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada para penjawat awam. Segala data dan maklumat akan lebih tersusun dan mudah untuk membuat capaian.

E-Operasi ini juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka memohon untuk bertukar tempat perkhidmatan melalui sistem eg tukar dimana sistem eg tukar ini telah dihubungkan dengan data yang terdapat dalam eOperasi guru. Bagi guru-guru yang memohon pertukaran, mereka tidak perlu lagi ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetahui status permohonan mereka. Kerana itu modul e-operasi ini perlulah sentiasa dikemaskini pada masa yang telah ditetapkan jika berlaku sebarang perubahan maklumat penjawat awam.

Kategori Pengguna eOperasi

Terdapat dua kategori yang menjadi sasaran pengguna untuk modul iaitu :

  1. Pengguna –Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentadbir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.
  2. Pentadbir Sistem –Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

eOperasi 2021 : Login Modul Pengurusan Guru

Bagi para pengguna yang belum mempunyai akaun, sila ikuti langkah-langkah berikut :

Sila ke pautan berikut :https://eoperasi.moe.gov.my/

Nota : Sebelum anda login, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Sila Rujuk detail berikutnya untuk rujukan tuan dan puan-puan.

Cara-Cara Daftar Untuk Login Modul Pengurusan Guru

Sudah semestinya semua guru seharusnya sudah mahir dalam mengakses aplikasi ini. Begitu juga kepada para guru yang baru masuk, anda boleh rujuk maklumat dan perkongsian dibawah untuk membantu anda semua. Berikut kami kongsikan tentang cara-cara untuk login Modul Pengurusan Guru untuk mengakses portal ini.

  1. Sila Klik Pendaftaran Pengguna. Paparan akan keluar seperti dibawah.

    EOperasi : Login Modul Pengurusan Guru Dan KPM - TCER.MY (1)

  2. Sila isi ruangan yang diperlukan dengan teliti. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama bahagian Nama, No. KP, No. Gaji, ID Pengguna. Pastikan semua maklumat tidak mempunya dash atau sempang (-).
  3. Selepas itu, pilih kata laluan anda dan buat pengesahan bagi kata laluan anda. Bagi kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna.
  4. Masukkan email anda. Contohnya [emailprotected].
  5. Masukkan Tarikh Lahir anda dengan menggunakan format berikut (hh/bb/tttt).
  6. Sila pilih dan jawab salah satu soalan keselamatan eOperasi KPM.
  7. Masukkan jawapan soalan keselamatan.
  8. Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
  9. Pengguna boleh terusLOG MASUKuntuk menggunakan sistem.

Cara-Cara Mengakses/Login Modul Pengurusan Guru

Kami percaya semua guru sudah semestinya boleh mengakses Modul ini. Ianya satu kewajipan yang perlu diisi oleh para guru untuk mengemaskini berkenaan dengan pengurusan disekolah dan sebagainya. Disini kami kongsikan cara-cara untuk login eOperasi KPM secara online.

  1. Layari portal rasmi oPerasi KPM di sini iaituhttps://eoperasi.moe.gov.my/
  2. Sila lihat di bahagian Log Masuk di sebelah kiri anda.
  3. Masukkan Login ID
  4. Masukkan Kata Laluan anda
  5. Masukkan No. Kad Pengenalan anda
  6. Tekan Butang Log Masuk
  7. Siap dan anda boleh mengkakses portal ini.

Sekiranya semua maklumat yang dimasukkan tadi betul, anda akan berjaya masuk ke dalam Sistem Modul Pengurusan Guru eOperasi ini seperti dibawah.

EOperasi : Login Modul Pengurusan Guru Dan KPM - TCER.MY (2)

Sebaik sahaja anda eberjaya mengkakses portal ini, anda dinasihatkan untuk meneliti kesemua maklumat dah paparan yang akan keluar. Beriikut merupakan paparan bagi pengguna setelah berjaya log masuk :

EOperasi : Login Modul Pengurusan Guru Dan KPM - TCER.MY (3)

Sila maklum sekiranya terdapat maklumat yang tidak lengkap, pengguna hendaklah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini jika data yang ingin diubah tidak dapat diakses oleh pengguna.

Ini kerana terdapat beberapa paparan data yang hanya boleh dikemaskini oleh pihak pentadbiran seperti yang terdapat dalam maklumat peribadi atau maklumat vaksinasi Covid-19 (baharu).

Berikut pula merupakan paparan bagi pentadbir :

EOperasi : Login Modul Pengurusan Guru Dan KPM - TCER.MY (4)

Anda juga diingatkan untuk Log Keluar setiap kali menamatkan sesi penggunaan sistem. Ini bertujuan untuk mengelakkan pihak lain yang ingin menyalahgunakan maklumat anda.

Video Tentang Cara Buat Semakan Maklumat dan Pengesahan Maklumat

Berikut adalah perkongsian berkenaan dengan cara buat semakan menggunakan aplikasi ini. Sila tonton dengan teliti dan baca semoga ianya membantu para pengguna diluar sana.

Cara Menyemak Maklumat Vaksinasi Covid-19 (baharu)

Ini adalah maklumat terkini yang perlu diisi dan disemak memandangkan pandemik covid-19 ini melanda negara kita. Sila rujuk cara-cara menyemak seperti dibawah :

  1. Log masuk ke dalam sistem e-operasi.
  2. Pergi ke bahagian menu ‘Maklumat Peribadi’.
  3. Sila semak maklumat berikut:
  • ID MySejahtera (MySJ ID)
  • Adakah anda sudah divaksin Covid-19
  • Adakah anda sudah berdaftar untuk divaksin?
  • Tarikh daftar vaksin Covid-19
  • Tarikh telah disuntik dos-1
  • Tarikh telah disuntik dos-2
  • Jenis vaksin

Diingatkan bahawa hanya pihak pentadbir sahaja yang boleh mengemaskini maklumat vaksinasi anda di dalam sistem ini.

Maklumat Guru Yang Perlu Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa

Adalah menjadi suatu kemestinan bagi setiap guru untuk mengemaskini setiap maklumat yang kita perolehi. Antara maklumat guru yang sentiasa perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memudahkan pengurusan penjawat awam, antara yang utama adalah:

  • Maklumat peribadi
  • Makllumat pasangan
  • Maklumat sejarah akademik
  • Maklumat sijil kemahiran
  • Maklumat subjek diajar semasa
  • Maklumat sejarah ikhtisas
  • Maklumat ikhtisas
  • Maklumat perkhidmatan
  • Maklumat tarikh perkhidmatan
  • Maklumat sejarah perkhidmatan
  • Maklumat sejarah pengalaman mengajar
  • Maklumat elaun
  • Maklumat kokurikulum
  • Maklumat istihar harta
  • Cetakan maklumat keseluruhan

Sekiranya Terlupa Kata Laluan, Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Sebolehnya anda perlu ingat dah hafal kata laluan tersebun untuk mengelakkan dari kejdaian seperti ini. Namun, Jika anda terlupa kata laluan, sila ikuti langkah berikut.

  1. Layari Laman Web Rasmi KPM di https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
  2. Sila Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Tekan butang ‘Hantar’.

Namun, anda dinasihatkan untuk mengingati kata laluan anda dann jangan kongsikan kepada orang awam untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

EOperasi : Login Modul Pengurusan Guru Dan KPM - TCER.MY (5)

Soalan Lazim

Berikut antada soalan lazim yang kebiasaan ditanya oleh pengguna semasa mengakses portal ini.

Bagaimana Cara Untuk Menukar Maklumat Yang Salah?

Anda boleh maklumkan kepada guru Penolong Kanan 1 untuk diperbetulkan. Antara beberapa maklumat yang pengguna boleh ubah tetapi hanya boleh diakses oleh pihak admin atau pentadbir adalah seperti berikut:

  • Maklumat enrolmen, (kelas,subjek,enrolmen)
  • Anggaran belanja mengurus (ABM),(permohonan, semakan, kelulusan, analis kelulusan)
  • Borang status kedudukan guru(BSKG),(kedudukan guru,pengisian opsyen kurang/lebih mengikut opsyen)
  • Instrumen (penilaian program orientasi guru baharu, penilaian seminar)
  • Maklumat subjek (analisis pemantaun, subjek elektif, MPV, PAV)

Apakah Soalan Keselamatan eOperasi KPM?

Sekiranya anda memasukkan kata laluan yang salah, anda akan ditanya berkenaan dengan soalan keselamatan dibawah. Sila pastikan anda ingat soalan berserta jawapannya itu untuk mengelakkan anda tidak moleh mengakses portal ini.

  • Apakah nama haiwan peliharaan anda?
  • Apakah nama sekolah anda yang terdahulu?
  • Siapakah wira zaman kanak-kanak anda?
  • Apakah sukan kegemaran anda?
  • Apakah pasukan sukan kegemaran anda?
  • Siapakah nama ibu anda?
  • Apakah warna kegemaran anda?
  • Apakah buah kegemaran anda?

Bagaimana Sekiranya Kita Terlupa Kata Laluan Dan Password?

Anda boleh rujuk langkah-langkah yang mudah dibawah untuk menyelesaikan isu ini :

  1. Anda perlu klik pada pautan ini
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda
  3. Akhir sekali, klik butang hantar

Kenapa Tidak Boleh Buka E-Operasi KPM

Ini adalah masalah biasa dihadapi dikalangan guru kpm sekarang ini. Sebenarnya situasi ini terjadi disebabkan oleh trafik dan pelawat yang sangat tinggi sehinga server yang digunapakai oleh pihak KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sudah “overload”. Justeru, kami sarankan anda untuk cuba sekali untuk log in ataupun cuba untuk masuk di waktu yang lain terutama ketika trafik yang agak rendah.

Sekiranya Mempunyai Masalah Dengan Sistem eOperasi KPM, Dengan Siapa Boleh Bertanya?

Ada boleh berhubung terus dengan pentadbir sistem melalui emel ini iaitu [emailprotected] Yang bagusnya setiap data guru yang dimasukkan perlu melalui proses verifikasi. Terbaik.

Jika Terdapat Maklumat Yang Tidak Betul Atau Tepat, Apa Yang Perlu Dilakukan ?

Terus sahaja maklumkan kepada PK1,PK2,PK3. Ini kerana kebiasaanya data yang telah dikemaskini dan telah disahkan maklumatnya tidak boleh lagi diubah oleh individu sendiri. Namun terdapat hanya beberapa menu pilihan yang sentiasa boleh diubah oleh individu tanpa penglibatan pentadbir.

Bolehkah Menukar Kata Laluan ?

Yaa. Hanya tekan butang ” Tukar Kata Laluan ” dan masukkan maklumat yang diperlukan bagi pengesahan.

Sekiranya Ada Pembetulan Maklumat, Apakah Yang Patut Kita Lakukan?

Sekiranya ada maklumat yang tidak tepat dan ingin diubah suai, sila buat Login eOperasi Kemaskini Maklumat dengan memaklumkan kepada Penolong Kanan 1.

Setiap guru wajib melaksanakan pengesahan data masing-masing melalui sistem e-Operasi

Apakah Maklumat Yang Diperlukan Bagi Pendaftaran Pengguna Baru ?

Maklumat yang diperlukan adalah Nama, No. Kad Pengenalan, No. Gaji dan Emel bagi pengguna tersebut.

EOperasi : Login Modul Pengurusan Guru Dan KPM - TCER.MY (2024)
Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Neely Ledner

Last Updated:

Views: 5671

Rating: 4.1 / 5 (62 voted)

Reviews: 93% of readers found this page helpful

Author information

Name: Neely Ledner

Birthday: 1998-06-09

Address: 443 Barrows Terrace, New Jodyberg, CO 57462-5329

Phone: +2433516856029

Job: Central Legal Facilitator

Hobby: Backpacking, Jogging, Magic, Driving, Macrame, Embroidery, Foraging

Introduction: My name is Neely Ledner, I am a bright, determined, beautiful, adventurous, adventurous, spotless, calm person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.